Tuesday 16 June 2015

Perlindungan kewangan: Simpanan Pelaburan, Perlindungan (Insurans).

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang sentiasa setia membaca blog saya yang serba ringkas ini. Pada kali ini, saya ingin merungkaikan suatu topik yang sinonim dengan kehidupan seharian kita yakni Perlindungan kewangan: Simpanan Pelaburan, Perlindungan (Insurans) sempena Sambutan Hari Pengguna Malaysia 2015. Perlindungan kewangan ialah satu instrumen yang dapat melindungi aset dan harta kita daripada risiko kerugian dan dapat digunakan pada masa akan datang atau ketika kecemasan. Risiko ialah kemungkinan berlakunya sesuatu kejadian yang tidak diingini, misalnya risiko kemalangan, risiko kecurian, risiko kebakaran dan lain-lain. Perlindungan kewangan dapat dibahagikan kepada dua iaitu simpanan pelaburan dan perlindungan atau insurans.

Simpanan Pelaburan
Simpanan pelaburan ialah wang yang disimpan dengan matlamat mendapatkan keuntungan pada masa hadapan. Simpanan pelaburan dapat melindungi kewangan kita. Ramai dalam kalangan masyarakat tidak mengetahui tentang simpanan pelaburan kerana kurangnya pengetahuan terhadap perlindungan kewangan. Masyarakat perlu bijak dalam membuat simpanan pelaburan agar tidak mudah terpedaya dengan sindiket penipuan skim simpanan pelaburan. Simpanan pelaburan juga melibatkan risiko dan masyarakat perlu sentiasa berhati-hati dalam membuat simpanan pelaburan. Terdapat beberapa jenis simpanan pelaburan antaranya ialah:
  1. Akaun simpanan tetap
  2. Hartanah
  3. Urus niaga Saham
  4. Dana Amanah
  5. Bon dan Reit

Masyarakat perlulah menyelidiki terlebih dahulu dan mendapatkan maklumat yang lengkap sebelum membuat simpanan pelaburan agar dapat mengurangkan risiko kerugiaan. Mereka perlu mengetahui jenis simpanan pelaburan yang ingin diceburi sama ada akaun simpanan tetap, hartanah, saham atau unit amanah. Simpanan pelaburan yang baik ialah simpanan pelaburan yang dapat hasilkan pulangan yang maksimum dengan risiko yang minimum. Bagi mereka yang kurang mahir digalakkan untuk membuat simpanan pelaburan yang mempunyai risiko yang rendah. Kita dapat melindungi kewangan kita dengan melakukan simpanan pelaburan untuk digunakan pada masa akan datang. Contohnya, kita membuat simpanan pelaburan untuk menampun pendidikan anak-anak kita atau untuk digunakan semasa persaraan.

Perlindungan (Insurans)

Perlindungan atau Insurans pula ialah kontrak atau perjanjian ganti rugi antara penginsurans dan si diinsurans untuk mendapatkan perlindungan daripada risiko kerugiaan yang dihadapi. Kita dapat melindungi kewangan kita dengan membuat insurans. Terdapat beberapa peranan insurans sebagai perlindungan kewangan kita antaranya ialah:

1. Perlindungan kepada si diinsurans
Si diinsurans dilindungi oleh insurans daripada risiko kecederaan atau kerugian akibat kemalangan. Jika si diinsurans mengalami risiko kerugian, maka insurans akan bertindak untuk melindungi dan memulihkan keadaan si diinsurans kepada keadaan asal.

2. Perlindungan kepada individu dan keluarga
Insurans memberi jaminan terhadap masa depan keluarga dengan membekalkan simpanan dan pampas an kepada ahli keluarga jika berlaku kematian seperti insurans nyawa dan menanggung kos pendidikan anak-anak.

3. Melicinkan perjalanan perniagaan
Perlindungan insurans memberi jaminan ganti rugi kepada peniaga jika berlaku sebarang kerugiaan. Peniaga dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada perniagaan tanpa merisaukan risiko yang dihadapi dan mengurangkan risiko kerugiaan yang dialami.

Pelbagai jenis insurans yang ditawarkan kepada masyarakat oleh syarikat-syarikat insurans. Namun begitu, masyarakat juga perlu bijak memilih skim insurans yang baik dan tidak meragukan. Ramai dalam kalangan masyarakat mempunyai insurans tetapi mereka tidak memahami prinsip insurans. Antara prinsip insurans sebagai perlindung kewangan kita ialah:

1. Ganti Rugi – Pemberian ganti rugi atau pampas an mengikut nilai lindungan atau nilai kerugian yang dialami sahaja.

Terdapat tiga prinsip tambahan ganti rugi:

(i) Caruman dan sumbangan
Individu yang menginsuranskan hartanya dengan lebih daripada sebuah syarikat insurans, setiap syarikat insurans akan berkongsi sama rata untuk membayar ganti rugi jika berlaku kerugian.

(ii) Subrograsi
Syarikat insurans diberi kuasa untuk mengambil alih hak milik terhadap harta yang diinsuranskan setelah ganti rugi dibayar.

(iii) Limpah
Si diinsurans tidak boleh menginsuranskan hartanya pada nilai perlindungan  yang melebihi nilai sebenar harta tersebut.

2. Doktrin punca terdekat – Prinsip ini memberi perlindungan bagi kerugian yang dialami atas risiko yang diinsuranskan sahaja.

3. Kepentingan boleh diinsuranskan – Si diinsurans mesti mempunyai kepentingan ke atas harta atau nyawa yang diinsuranskan. Menurut prinsip ini, seseorang tidak boleh membeli insurans untuk melindungi nyawa atau harta orang lain yang tidak mempunyai hubungan dengannya.

4. Penuh percaya mutlak – Prinsip ini memerlukan sikap jujur dan kepercayaan anatara penginsurans dan si diinsurans dalam memberi maklumat masing-masing agar penipuan tidak berlaku.


Prinsip Takaful

1. Prinsip Takaful ialah skim insurans yang berasaskan prinsip al-mudharabah dan berlandaskan syariah Islam.

2. Pelaksanaan takaful tidak membenarkan perkara-perkara berikut:

( i ) Gharar ( ketidakpastian )
( ii ) Maisir ( perjudian )
( iii ) Riba’ ( bunga atau faedah )
( iv ) Amalan – amalan lain yang bercanggah dengan hokum syariah

3. Operasi takaful berdasarkan dua prinsip, iaitu:

( i ) Mudharabah
Mudharabah ialah perkongsian keuntungan antara perserta ( si diinsurans ) dengan syarikat takaful dalam sesuatu pelaburan. Perserta menyumbangkan wang takaful  (ra’sulmal), manakala syarikat takaful menguruskannya. Keuntungan dibahagikan antara kedua-dua pihak.

( ii ) Tabarruk
Tabarruk ialah menderma dengan ikhlas untuk mewujudkan dana ( tabung tabarruk ) bagi kebajikan bersama. Perserta menderma secara ikhlas kepada tabung tabarruk dan bantuan dihulurkan kepada peserta yang ditimpa kemalangan. Tabarruk mengutamakan kepentingan umum berbanding kepentingan peribadi.



Thursday 16 April 2015

Welcome To My Hometown : Bandar Bintulu Sarawak...

Hello, Selamat datang kitak org semua ke blog aku tok ( bahasa Sarawak ) huhu… ari ni aku nak share serba sedikit latar belakang tempat kelahiran aku @ tempat tinggal aku ni “Bintulu”. Sesiapa yg nak belajar @ melawat ke Sarawak agak sayang dan rugi jika sekiranya korang tidak singgah ke hometown aku ni…

Bintulu merupakan daerah yang terletak di bahagian ke-9 Sarawak dengan keluasan kawasan 7,220.4km persegi. Pentadbiran bahagian Bintulu ni merangkumi Daerah Bintulu & Tatau.

Bintulu” berasal daripada sebuah perkampungan nelayan yang kecil dan terletak di tengah-tengah Negeri Sarawak bersempadan dengan bahagian Sibu, Miri, Kapit dan Mukah. Sekarang hometown aku ni sedang dlm proses transformasi menjadi semakin maju sbb bnyk projek pembinaan bangunan dan pusat membeli-belah. Jadi, bnyk peluang pekerjaan yg wujud kat sini…

Daerah Bintulu ini mempunyai kepelbagaian kebudayaan yg menarik kerana penduduknya berasal daripada pelbagai etnik seperti Melayu, Melanau, Iban, Cina, & bnyk lagi...



Korang boleh tgk peta Sarawak kat bawah ni:


Peta : Sarawak


Peta : Daerah Bintulu

FYI, hometown aku ni juga terkenal dgn industri petroleum & gas asli... ramai yg berhijrah di sini atas faktor pekerjaan yg ditawarkan... penemuan petroleum & gas ini telah merubah landskap serta ekonomi bandar bintulu ini menjadi semua bandar perindustrian.

Baiklah, itu ringkasan kepada my hometown... inshaa allah nanti aku akan share lagi tempat2 menarik yg korang boleh melawat kat sini & panorama di bumi kenyalang yg cukup indah dan kaya dgn kepelbagaiaan kaum...

(Maafkn Sy, Doakn Sy)

Sunday 12 April 2015

Salam Perkenalan...

Assalamualaikum, Salam Pembuka Bicara..

Alhamdulillah, akhirnya tarikh keramat “12.4.2015” dpt juga aku buat blog ni ..haha
Aku plan nak buat 1.1.2015 tapi atas sebab2 tertentu terpaksa ditangguh..
12.2.2015 juga merupakan final isi upu, poli, um & usm..
Budak2 spm, matrix, stpm, diploma korang dh isi blum..aku dh..
Fikir betul2 sebelum korang tekan butang sent tu..nanti nyesal pulak..
Harap korang suka blog yg aku buat ni utk rujukan & peneman korang semua..
Jadi, sila beri tunjuk ajar kalau ada silap..

Maafkn aku, Doakn aku hehe