Hello, Selamat datang
kitak org semua ke blog aku tok ( bahasa Sarawak ) huhu… ari ni aku nak share serba sedikit latar belakang tempat kelahiran aku @ tempat tinggal aku ni
“Bintulu”. Sesiapa yg nak belajar @ melawat ke Sarawak agak sayang dan rugi jika
sekiranya korang tidak singgah ke hometown aku ni…
Bintulu merupakan daerah yang terletak di bahagian
ke-9 Sarawak dengan keluasan kawasan 7,220.4km persegi. Pentadbiran bahagian Bintulu ni
merangkumi Daerah Bintulu & Tatau.
“Bintulu”
berasal daripada sebuah perkampungan
nelayan yang kecil dan terletak di tengah-tengah Negeri Sarawak bersempadan
dengan bahagian Sibu, Miri, Kapit dan Mukah.
Sekarang
hometown aku ni sedang dlm proses transformasi menjadi semakin maju sbb bnyk
projek pembinaan bangunan dan pusat membeli-belah. Jadi, bnyk peluang pekerjaan
yg wujud kat sini…
Daerah Bintulu ini mempunyai kepelbagaian
kebudayaan yg menarik kerana penduduknya berasal daripada pelbagai etnik
seperti Melayu, Melanau, Iban,
Cina, & bnyk lagi...
Korang boleh tgk peta Sarawak kat bawah ni:
Peta : Sarawak
Peta : Daerah Bintulu
FYI, hometown aku ni juga terkenal dgn industri petroleum
& gas asli... ramai yg berhijrah di sini atas faktor pekerjaan yg
ditawarkan... penemuan petroleum & gas ini telah merubah landskap serta
ekonomi bandar bintulu ini menjadi semua bandar perindustrian.
Baiklah, itu ringkasan kepada my hometown... inshaa allah
nanti aku akan share lagi tempat2 menarik yg korang boleh melawat kat sini
& panorama di bumi kenyalang yg cukup indah dan kaya dgn kepelbagaiaan
kaum...
(Maafkn Sy, Doakn Sy)