Assalamualaikum dan
salam sejahtera kepada semua pembaca yang sentiasa setia membaca blog saya yang serba ringkas ini. Pada kali ini, saya ingin merungkaikan suatu topik yang sinonim dengan kehidupan
seharian kita yakni Perlindungan kewangan: Simpanan Pelaburan, Perlindungan
(Insurans) sempena Sambutan Hari Pengguna Malaysia 2015. Perlindungan kewangan
ialah satu instrumen yang dapat melindungi aset dan harta kita daripada risiko
kerugian dan dapat digunakan pada masa akan datang atau ketika kecemasan. Risiko
ialah kemungkinan berlakunya sesuatu kejadian yang tidak diingini, misalnya
risiko kemalangan, risiko kecurian, risiko kebakaran dan lain-lain. Perlindungan
kewangan dapat dibahagikan kepada dua iaitu simpanan pelaburan dan perlindungan
atau insurans.
Simpanan
Pelaburan
Simpanan pelaburan
ialah wang yang disimpan dengan matlamat mendapatkan keuntungan pada masa
hadapan. Simpanan pelaburan dapat melindungi kewangan kita. Ramai dalam kalangan
masyarakat tidak mengetahui tentang simpanan pelaburan kerana kurangnya
pengetahuan terhadap perlindungan kewangan. Masyarakat perlu bijak dalam
membuat simpanan pelaburan agar tidak mudah terpedaya dengan sindiket penipuan
skim simpanan pelaburan. Simpanan pelaburan juga melibatkan risiko dan
masyarakat perlu sentiasa berhati-hati dalam membuat simpanan pelaburan.
Terdapat beberapa jenis simpanan pelaburan antaranya ialah:
- Akaun simpanan tetap
- Hartanah
- Urus niaga Saham
- Dana Amanah
- Bon dan Reit
Masyarakat perlulah
menyelidiki terlebih dahulu dan mendapatkan maklumat yang lengkap sebelum
membuat simpanan pelaburan agar dapat mengurangkan risiko kerugiaan. Mereka
perlu mengetahui jenis simpanan pelaburan yang ingin diceburi sama ada akaun
simpanan tetap, hartanah, saham atau unit amanah. Simpanan pelaburan yang baik
ialah simpanan pelaburan yang dapat hasilkan pulangan yang maksimum dengan
risiko yang minimum. Bagi mereka yang kurang mahir digalakkan untuk membuat
simpanan pelaburan yang mempunyai risiko yang rendah. Kita dapat melindungi
kewangan kita dengan melakukan simpanan pelaburan untuk digunakan pada masa
akan datang. Contohnya, kita membuat simpanan pelaburan untuk menampun
pendidikan anak-anak kita atau untuk digunakan semasa persaraan.
Perlindungan
(Insurans)
Perlindungan atau
Insurans pula ialah kontrak atau perjanjian ganti rugi antara penginsurans dan
si diinsurans untuk mendapatkan perlindungan daripada risiko kerugiaan yang
dihadapi. Kita dapat melindungi kewangan kita dengan membuat insurans. Terdapat
beberapa peranan insurans sebagai perlindungan kewangan kita antaranya ialah:
1. Perlindungan kepada
si diinsurans
Si diinsurans
dilindungi oleh insurans daripada risiko kecederaan atau kerugian akibat
kemalangan. Jika si diinsurans mengalami risiko kerugian, maka insurans akan
bertindak untuk melindungi dan memulihkan keadaan si diinsurans kepada keadaan
asal.
2. Perlindungan kepada
individu dan keluarga
Insurans memberi
jaminan terhadap masa depan keluarga dengan membekalkan simpanan dan pampas an
kepada ahli keluarga jika berlaku kematian seperti insurans nyawa dan
menanggung kos pendidikan anak-anak.
3. Melicinkan
perjalanan perniagaan
Perlindungan insurans
memberi jaminan ganti rugi kepada peniaga jika berlaku sebarang kerugiaan.
Peniaga dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada perniagaan tanpa
merisaukan risiko yang dihadapi dan mengurangkan risiko kerugiaan yang dialami.
Pelbagai jenis insurans
yang ditawarkan kepada masyarakat oleh syarikat-syarikat insurans. Namun
begitu, masyarakat juga perlu bijak memilih skim insurans yang baik dan tidak
meragukan. Ramai dalam kalangan masyarakat mempunyai insurans tetapi mereka
tidak memahami prinsip insurans. Antara prinsip insurans sebagai perlindung
kewangan kita ialah:
1. Ganti Rugi –
Pemberian ganti rugi atau pampas an mengikut nilai lindungan atau nilai
kerugian yang dialami sahaja.
Terdapat tiga prinsip
tambahan ganti rugi:
(i) Caruman dan
sumbangan
Individu yang
menginsuranskan hartanya dengan lebih daripada sebuah syarikat insurans, setiap
syarikat insurans akan berkongsi sama rata untuk membayar ganti rugi jika
berlaku kerugian.
(ii) Subrograsi
Syarikat insurans
diberi kuasa untuk mengambil alih hak milik terhadap harta yang diinsuranskan
setelah ganti rugi dibayar.
(iii) Limpah
Si diinsurans tidak
boleh menginsuranskan hartanya pada nilai perlindungan yang melebihi nilai sebenar harta tersebut.
2. Doktrin punca
terdekat – Prinsip ini memberi perlindungan bagi kerugian yang dialami atas
risiko yang diinsuranskan sahaja.
3. Kepentingan boleh
diinsuranskan – Si diinsurans mesti mempunyai kepentingan ke atas harta atau
nyawa yang diinsuranskan. Menurut prinsip ini, seseorang tidak boleh membeli
insurans untuk melindungi nyawa atau harta orang lain yang tidak mempunyai
hubungan dengannya.
4. Penuh percaya mutlak
– Prinsip ini memerlukan sikap jujur dan kepercayaan anatara penginsurans dan
si diinsurans dalam memberi maklumat masing-masing agar penipuan tidak berlaku.
Prinsip
Takaful
1. Prinsip Takaful
ialah skim insurans yang berasaskan prinsip al-mudharabah dan berlandaskan
syariah Islam.
2. Pelaksanaan takaful
tidak membenarkan perkara-perkara berikut:
( i ) Gharar ( ketidakpastian
)
( ii ) Maisir (
perjudian )
( iii ) Riba’ ( bunga
atau faedah )
( iv ) Amalan – amalan
lain yang bercanggah dengan hokum syariah
3. Operasi takaful
berdasarkan dua prinsip, iaitu:
( i ) Mudharabah
Mudharabah ialah perkongsian
keuntungan antara perserta ( si diinsurans ) dengan syarikat takaful dalam
sesuatu pelaburan. Perserta menyumbangkan wang takaful (ra’sulmal), manakala syarikat takaful
menguruskannya. Keuntungan dibahagikan antara kedua-dua pihak.
( ii ) Tabarruk
Tabarruk ialah menderma
dengan ikhlas untuk mewujudkan dana ( tabung tabarruk ) bagi kebajikan bersama.
Perserta menderma secara ikhlas kepada tabung tabarruk dan bantuan dihulurkan
kepada peserta yang ditimpa kemalangan. Tabarruk mengutamakan kepentingan umum
berbanding kepentingan peribadi.
No comments:
Post a Comment